Monday 3 November 2014

HATI DAN AKU

  Aku sering dipermainkan oleh orang,aku sering disakiti oleh perbuatan dan tutur kata mereka. aku sedar memang aku seorang yang amat senang menyayangi orang, tapi mereka mempergunakan itu untuk kesenangan dan manfaat mereke yang tertentu. jika diberi peluang untuk aku undurkan masa, aku akan ubah semula corak hidup aku.
  aku mempunyai adik angkat dan aku sayang mereka dulu, mereka sering menjadi tempat aku mengadu masalah yang aku alami sepanjang hidupku. tetapi apakandaya semuanya hanyalah sementara apabila satu persatu mereka tinggalkan aku dengan cara yang amat sakit bagiku. ya! aku memang kurang kasih sayang! sebab itu aku menyayangi korang! kerana aku sunyi, tapi mereka tidak pernah memahami perasaan aku yang inginkan kasih sayang dari mereka. mulai situ aku mula tidak kenal erti gembira dan ketawa aku hanyalah sekadar hiasan .
  aku dulu merupakan budak yang paling ceria dan aktif tetapi setelah hati aku hancur dihancurkan oleh mereka. aku mula perlahankan diri aku, aku menjadi seseorang yang heartless yang tak peduli apapun. sehingga aku dipermainkan oleh seseorang yang aku kenal sebagai bestfriend aku, yang aku sayang... sanggup menikam aku dari belakang.. dan itulah pengakhiran untuk segala-galanya, tiada lagi gembira atau apapun!.
  sehingga kini hati aku asyik dipermainkan oleh semua, dan aku tidak peduli , biarlah apa yang mereka ingin lakukan . aku dengan cara aku. aku hanya dijadikan tandas.. dibersihkan dan dikotorkan oleh orang yang sama..
  aku sentiasa berharap matahari menyinar semula diri aku..tapi matahari juga berpaling pada diri aku! aku patut menjadi seperti mana aku yang sepatutnya. itu yang sepatutnya

No comments:

Post a Comment